Keisuke Honda Pengurus Pasukan Kemboja

2018-08-13 14:32:28  CRI
Share with:

Bintang bola sepak Jepun, Keisuke Honda menandatangani kontrak pelantikan dua tahun untuk jawatan pengurus pasukan negara Kemboja.

Dalam satu taklimat semalam, Honda memaklumkan pelantikannya juga adalah sebagai ketua jurulatih pasukan tersebut.

Honda, anggota baharu Melbourne Victory sejak 6 Ogos lalu, akan melaksanakan tanggungjawabnya secara dalam talian, menurut kontrak yang dipersetujui.

Persatuan Bola Sepak Kemboja menyatakan, tempoh perkhidmatannya mungkin dilanjutkan lagi bagi meningkatkan pretasi pasukan Kemboja untuk bertanding dalam Sukan Asia Tenggara (SEA Games) 2030.

徐国玮