Pertandingan Permainan Papan dan Terup China-ASEAN 2018

2018-08-13 16:15:14  CRI
Share with:

Pertandingan Permainan Papan dan Terup China-ASEAN 2018 membuka tirai di bandar Nanning, Guangxi China semalam. Pemain dari Laos, Singapura, Malaysia, Amerika Syarikat (AS), China dan lain-lain akan menyertai pertandingan Go, catur dan bridge.

Guo Liping, pegawai dari Jabatan Sukan Negara China menyatakan bahawa pertandingan undangan ini bukanlah sekadar satu platform beradu kehandalan, malah sebuah jambatan bagi pertukaran budaya.

Beliau berharap pertandingan ini dapat membantu merancakkan interaksi antara China dengan negara-negara ASEAN, serta budaya Timur dengan budaya Barat.

胡星