Pertandingan Bola Sepak Amerika Pertama di Tibet

2018-08-13 14:25:29  CRI
Share with:

Pertandingan bola sepak Amerika "Piala Kaituo" dirasmikan di Lhasa, Tibet, China semalam.
 
Ini julung kalinya pertandingan bola sepak Amerika dianjurkan di wilayah Tibet, China ditaja oleh kelab bola sepak Amerika pertama Tibet, iaitu Kelab Pengniao yang ditubuhkan pada Julai tahun lepas dengan anggota seramai 30 pemain amatur. 

Kesemua peserta "Piala Kaituo" adalah ahli Kelab Pengniao, dibahagikan kepada acara pertandingan lima lawan lima. Helmet dan alat pelindung pemain adalah perlu untuk keselamatan.

"Piala Kaituo" membolehkan pemain merasai suasana perlawanan sebenar, di samping mempromosikan pengetahuan dan budaya melibatkan sukan bola sepak Amerika. 

Dalam tempoh pertandingan, sesi untuk menjelaskan peraturan sukan tersebut, serta latihan menghantar dan menerima bola akan diadakan.

Kata kapten pasukan Pengniao, Chi Lie Ping Cuo, kelabnya menawarkan kem latihan kemahiran dan pengetahuan secara percuma kepada awam setiap minggu sejak ditubuhkan, melibatkan lebih 200 peserta.

Beliau mahu aktiviti riadah yang lebih bervariasi untuk penduduk tempatan, dan menggalakkan lebih banyak pasukan bola sepak Amerika ditubuhkan supaya Tibet dapat menonjolkan diri di persada sukan itu pada masa depan.

梁靓