China Bantah Keras Akta Pertahanan Baharu AS

2018-08-14 16:13:08  CRI
Share with:

China membantah keras Akta Keizinan Pertahanan 2019 yang diluluskan Amerika Syarikat (AS) semalam, dengan gesaan agar Washington menyingkirkan mentaliti Perang Dingin dan konsep permainan campur-tolak.

Pendirian itu disuarakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media hari ini. 

Ditanya respons China mengenai kandungan akta itu yang menyentuh penilaian dan rancangan meningkatkan kesiagaan tentera Taiwan, Lu Kang berkata China telah berkali-kali menyuarakan bantahan keras terhadap AS.

AS digesa melihat hubungan dua hala dengan sikap yang betul dan objektif, berpegang kepada prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, serta tidak melaksanakan klausa negatif melibatkan China bagi mengelakkan terjejasnya hubungan antara kedua-dua negara.

梁靓