AS Diminta Adil terhadap Pelabur China

2018-08-14 14:37:31  CRI
Share with:

Akta Pemodenan Penilaian Risiko Pelaburan Asing yang merupakan sebahagian dasar pertahanan Amerika Syarikat (AS) bagi tahun fiskal 2019, mula berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan Presiden Donald Trump semalam.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China hari ini berkata, akta tersebut akan dinilai dengan teliti baik dari segi kandungannya mahupun impak pelaksanaannya terhadap syarikat China.

AS diminta melayan pelabur China secara objektif dan adil, dan mengelakkan siasatan berkaitan keselamatan negara menjadi halangan kepada kerjasama pelaburan antara syarikat.

Kata jurucakap itu lagi, globalisasi ekonomi yang semakin meningkat turut membawa pertambahan dalam pelaburan rentas sempadan. 

Syarikat China dan AS mempunyai hasrat yang kuat untuk memperkukuh kerjasama pelaburan, yang dilihat berpotensi besar. 

Kerajaan kedua-dua negara hendaklah mendengar suara pengusaha, di samping mencipta suasana yang baik dan stabil untuk kerjasama.
 

徐国玮