Penyampaian Biasiswa Kerajaan China di Hanoi

2018-08-14 15:54:00  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_驻越使馆临时代办尹海虹在仪式上致辞

图片默认标题_fororder_曾经多次为习近平主席表演的越南歌手杜氏清花展示录取通知书

图片默认标题_fororder_驻越使馆临时代办尹海虹为大学生代表颁发录取通知书

图片默认标题_fororder_2018年中国政府奖学金录取通知书颁发仪式现场

Majlis penyampaian biasiswa kerajaan China kepada pelajar Vietnam diadakan oleh kedutaan China di Hanoi petang semalam.

Turut hadir, wakil kedutaan China, Kementerian Pendidikan dan Latihan Vietnam, serta kolej dan universiti yang berkenaan.

Maklum Kaunselor Budaya kedutaan China, Peng Shituan, seramai 104 pelajar Vietnam menerima biasiswa tersebut pada tahun ini. Antaranya, 90 calon sarjana dan kedoktoran serta 14 calon sarjana muda dari pelbagai jurusan.

Kuasa Usaha kedutaan China, Yin Haihong dalam majlis itu berkata, pertukaran lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara kekal rapat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Ikatan persahabatan berkembang baik, begitu juga kerjasama pendidikan yang memainkan peranan penting.

Beliau berharap para pelajar akan memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk belajar di China dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.

Canselor Universiti Sains Sosial dan Kemanusiaan Vietnam, Pham Quang Minh berpendapat kerjasama pendidikan antara kedua-dua negara amat penting, kerana persefahaman dari segi budaya dan sejarah diperlukan dalam usaha memupuk hubungan bilateral. 

Do Thi Thanh Hoa, wakil pelajar yang pernah beberapa kali menonjolkan bakat menyanyi di hadapan Presiden Xi Jinping, akan melanjutkan pelajaran di Kolej Muzik China pada September tahun ini.

Baginya, pendedahan terhadap budaya dan lagu China telah bermula sejak kecil lagi melalui filem dan program televisyen. Peluang untuk melanjutkan pembelajaran di China akan membantu memperdalam pemahamannya mengenai budaya dan muzik China.

梁靓