Dinding Makin Tinggi, AS Ingin Jadi "The Man In The Case"

2018-08-15 18:01:00  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_meiguotaozhr

Lebih seratus tahun lalu, penulis agung Rusia, Anton Chekhov mengarang "The Man In The Case" yang mengisahkan watak utama Belikov, lelaki terlampau konservatif yang menentang kemajuan masyarakat dan arus sejarah.

Kini, sikap Belikov itu dilihat lagi di dunia, kali ini dimanifestasikan oleh Amerika Syarikat (AS).

Baru-baru ini, AS mula menguatkuasakan Akta Pemodenan Penilaian Risiko Pelaburan Asing, untuk kali pertama dalam tempoh hampir sedekad mengemas kini dan menambah fungsi Suruhanjaya Pelaburan Asing. Menurut akta itu, pelaburan asing ke AS akan diperiksa dengan lebih ketat.

Penganalisis berpendapat bahawa AS mengetatkan pelaburan asing akan menjejaskan peluang pembangunan syarikat domestik dan mengurangkan peluang kerja dalam negeri dalam jangka pendek. Dalam jangka panjang pula, tindakan itu akan merencatkan pertumbuhan sektor perindustrian dan inovasi teknologi.

Pada era globalisasi ini, syarikat multinasional memperlihatkan hasrat yang kuat untuk memperdalam kerjasama pelaburan dan pertukaran dalam bidang teknologi. Hal ini bagaimanapun tidak dihiraukan oleh ahli politik yang hanya menjaga kepentingan sendiri.

Untuk sekian lama, AS mengawal ketat kemasukan pelaburan asing atas alasan "keselamatan negara", dan kini sekatan yang dikenakan ke atas negara-negara lain terus meningkat. Namun pada hakikatnya, dasar pemencilan dan mentaliti Perang Dingin barulah musuh paling besar bagi keselamatan negara itu.

徐国玮