Menteri Turki, Rusia Kritik Sekatan AS

2018-08-15 14:26:29  CRI
Share with:

Menteri Luar Turki, Mevlut Çavusoglu dan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov dalam pertemuan di Ankara semalam bersama-sama mengkritik sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua pihak turut memberi penekanan terhadap perkongsian strategik yang diperkukuh.

Dalam sidang akhbar selepas pertemuan itu, Çavusoglu menyatakan bahawa sekatan terhadap Turki "menghancurkan reputasi AS", maka zaman membuli negara lain mesti berakhir. Beliau menegaskan, kestabilan ekonomi Turki amat penting bagi Eropah dan negara jiran lain.

Lavrov pula menyatakan penghargaan pihaknya atas keengganan Turki menyertai blok negara Barat yang mengenakan sekatan terhadap Rusia. Sekatan AS terhadap Turki dan negara lain adalah "haram dan tidak berasas", dibuat dengan tujuan untuk memperoleh kelebihan dalam perdagangan global secara tidak adil.

Tindakan itu pasti akan menjejaskan status dolar Amerika sebagai mata wang penjelasan antarabangsa.

胡星