Projek Hidroelektrik China di Laos Dapat Pujian

2018-08-15 14:29:17  CRI
Share with:

Loji hidroelektrik yang dibina di Sungai Nam Ou, Laos dengan usaha sama syarikat China telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan sosioekonomi tempatan.

Naib Perdana Menteri Laos, Dr. Bounsthong Chitmany dalam tinjauannya ke loji berkenaan baru-baru ini memuji mutu kerja pembina China.

Beliau yang juga Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Revelusi Rakyat Laos (LPRP) dan Setiausaha Sekretariat Pusat berkata, Laos menyasarkan status "bateri Asia Tenggara", dan loji Sungai Nam Ou sangat penting dalam rancangan pembangunan hidroelektrik Laos.

Menyentuh insiden empangan runtuh di wilayah Attapeu, selatan negara itu bulan lalu, Bounsthong berkata, pihak China yang terawal tiba di kawasan bencana untuk membantu operasi menyelamat. Bantuan itu amat dihargai.

梁靓