China, Afrika Kerjasama Basmi Kemiskinan

2018-08-15 11:29:12  CRI
Share with:

China dan negara-negara Afrika telah menempuh dugaan yang hampir sama dalam perjuangan membasmi kemiskinan, membolehkan masing-masing mengumpul banyak pengalaman berharga.

Demikian ujar Ketua Pengarah Jabatan Pengurangan Kemiskinan Dewan Negara China, Liu Yongfu dalam sidang mengenai usaha mengurangkan kemiskinan dan menjana pembangunan sempena Forum Kerjasama China-Afrika 2018 di Beijing semalam.

Katanya, China dan negara-negara Afrika akan menumpukan kerjasama dalam empat aspek demi kemajuan baharu.

Interaksi harus diperkukuh, khususnya dengan memanfaatkan mekanisme berkaitan di bawah rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Penyelidikan bersama akan dijalankan serentak dengan latihan tenaga insan muda, sementara projek contoh dilancarkan bagi menyediakan sokongan teknikal untuk usaha membasmi kemiskinan dan menjana pembangunan.

覃淼