SAR Gempa Lombok Diteruskan

2018-08-15 14:30:36  CRI
Share with:

Sembilan hari selepas gempa bermagnitud 7.0 melanda pulau Lombok, Indonesia, kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terus dijalankan.

Setakat semalam, jumlah korban gempa itu mencatat 436, manakala lima lagi masih hilang. 

Pihak berkuasa sedang mempergiat kerja mengedarkan barang bantuan kepada mangsa. Tiga helikopter dikerahkan membawa barang bantuan ke kawasan bencana, selepas kebanyakan jalan raya runtuh akibat gempa.

Presiden, Joko Widodo telah meninjau ke kawasan bencana di Lombok pada petang Isnin lalu. Beliau turut bermalam di khemah bersama-sama mangsa di sebuah pusat pemindahan sementara.


 

梁靓