Lawatan Tun Mahathir ke China Diletak Harapan Tinggi

2018-08-15 14:22:30  CRI
Share with:

Pelbagai lapisan masyarakat Malaysia meletakkan harapan tinggi terhadap lawatan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ke China yang dijadualkan pada 17 hingga 21 Ogos.

Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Dato Abdul Majid berkata, ketika Dr. Mahathir kali pertama melawat China pada tahun 1985, beliau sedang bertugas sebagai diplomat di China. Setelah itu, beliau telah menyandang jawatan sebagai duta besar ke China dan menyaksikan perkembangan yang begitu pesat dalam hubungan antara kedua-dua negara.

Katanya, ini lawatan pertama Dr. Mahathir ke China setelah beliau sekali lagi menyandang jawatan perdana menteri. Lawatan tersebut dipercayai akan melonjakkan hubungan antara kedua-dua negara ke tahap baharu.

Penasihat kanan Pusat Pengajian Pasifik Malaysia, Oh Ei Sun berharap, lawatan Dr. Mahathir dapat memperkasakan hubungan perdagangan antara Malaysia dengan China, dan menjadi teladan kepada negara-negara lain.

Beliau yakin lawatan itu akan mendorong kedua-dua negara meneroka mod kerjasama baharu.

徐国玮