Rempuhan Depan Westminster Serangan Keganasan

2018-08-15 14:26:40  CRI
Share with:

Polis Britain telah mengklasifikasikan insiden kenderaan merempuh orang awam di depan bangunan parlimen Westminster, London awal pagi semalam sebagai serangan keganasan.

Insiden itu mengakibatkan tiga orang cedera ringan.

Pemandu, seorang lelaki berusia 29 tahun, diberkas di lokasi.

Menurut laporan Polis Metropolitan London, sebuah kereta Ford Fiesta berwarna perak merempuh pejalan kaki dan penunggang basikal sebelum berlanggar dengan benteng di sekitar bangunan parlimen pada masa puncak trafik waktu pagi.

Stesen kereta api bawah tanah Westminster yang terletak berhampiran bangunan parlimen telah ditutup selepas insiden.

胡星