China Gesa AS Patuh Peraturan WTO

2018-08-15 11:16:38  CRI
Share with:

China memulakan proses penyelesaian sengketa di bawah rangka Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) semalam, mengenai amalan perlindungan Amerika Syarikat (AS) melibatkan produk fotovoltik (PV) dan subsidi sektor tenaga baharu.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China menekankan bahawa amalan AS tersebut menjejaskan kepentingan perdagangan China.

Proses penyelesaian sengketa WTO itu dimulakan bagi melindungi hak dan kepentingan China, serta peraturan perdagangan multilateral.

Kata jurucakap itu, tindakan AS mengenakan tarif setinggi 30% terhadap produk PV dan memberi subsidi tambahan bagi produk tenaga yang boleh diperbaharui sendiri termasuk PV, melanggar perjanjian WTO yang berkenaan.

Pelanggaran itu bukan sahaja mengganggu pasaran PV global, malah menjejaskan kepentingan China.

AS digesa menghormati peraturan WTO dan menghentikan segala amalan yang salah supaya perdagangan produk terbabit dapat pulih normal.

覃淼