Pameran Buku Shanghai 2018 Dirasmikan

2018-08-16 10:42:24  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123275789_15343313321581n

Pameran Buku Shanghai 2018 selama seminggu dirasmikan di bandar Shanghai, China semalam. Kira-kira 150 ribu naskhah buku dari lebih 500 syarikat penerbitan dipamerkan.

Kumpulan Penerbitan Antarabangsa China (CIPG) iaitu kumpulan penerbit ke luar negara yang terbesar di China, kali pertama menyertai pameran buku tersebut.

Tujuh syarikat penerbit di bawah CIPG tampil mempertunjukkan 5,750 naskhah buku dalam 20 bahasa, selain mengatur 11 aktiviti berkaitan sepanjang tempoh berlangsungnya pameran. 

覃淼