China Life Tembusi Pasaran Indonesia

2018-08-16 10:45:35  CRI
Share with:

Syarikat pembekal insurans China Life merasmikan cawangannya di Jakarta, Indonesia malam semalam, menandakan syarikat tersebut berjaya menembusi pasaran negara itu.

Ketua Pengarah China Life, Yuan Changqing dalam ucapannya pada majlis perasmian menyatakan bahawa Indonesia adalah entiti ekonomi terbesar di ASEAN. Selaku negara berpenduduk keempat terbesar di dunia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Indonesia melebihi USD1 trilion (RM4.1 trilion) pada tahun 2017.

Pertumbuhan ekonomi, pertambahan penggunaan, dan skala golongan kelas menengah semakin meningkat merangsang permintaan terhadap produk insurans. China Life komited memberikan sumbangan sendiri demi pembangunan tempatan.

China Life ialah syarikat insurans China yang pertama memasuki pasaran Indonesia.

覃淼