Maharaja Akihito Insaf Sejarah Sempena Ulang Tahun Kekalahan Jepun

2018-08-16 15:19:38  CRI
Share with:

Maharaja Jepun, Akihito menghadiri upacara memperingati mangsa-masang perang di Tokyo semalam, sempena ulang tahun ke-73 kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II pada tarikh 15 Ogos.

Akihito dalam ucapannya yang menginsafi sejarah silam, berdoa agar bencana perang tidak berulang. Rakyat Jepun turut diseru supaya berbuat serupa.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe antara tetamu seramai 6,500 yang hadir ke upacara tersebut.

Abe telah menyatakan kesungguhannya untuk menghadapi sejarah dengan rasa rendah hati, serta berikrar tidak mengulangi kesilapan lalu yang mengundang musibah peperangan.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut tanggungjawab negaranya atas kesengsaraan yang dialami jiran-jiran di Asia.

胡星