DPP Jejas Hubungan Taiwan-Tanah Besar

2018-08-16 15:28:02  CRI
Share with:

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Ma Xiaoguang semalam berkata, Parti Progresif Demokratik (DPP) telah bertindak menjejaskan asas hubungan politik dengan Tanah Besar sejak mengambil alih pentadbiran Taiwan.

DPP dilaporkan menyokong kegiatan pemisah yang menguar-uarkan "kemerdekaan Taiwan".

Jika benar dakwaan bahawa pihak berkuasa memaksa kurikulum sejarah sekolah menengah diputarbelitkan, ini satu lagi bukti berleluasanya sentimen pemisah yang ingin meracuni fikiran generasi muda Taiwan.

Tindakan itu pasti akan meretakkan hubungan antara Taiwan dengan Tanah Besar.

徐国玮