48 Maut dalam Letupan Nekad di Kabul

2018-08-16 13:44:42  CRI
Share with:

Letupan bom nekad yang memusnahkan sebuah pusat pendidikan di Kabul, Afghanistan petang semalam telah mengakibatkan 48 maut dan 67 lagi cedera.

Sumber Kementerian Kesihatan Awam Afghanistan memaklumkan, pusat pendidikan Mawoud itu terletak di daerah kawalan polis ke-18, barat Kabul.

Kebanyakan mangsa adalah penuntut yang sedang bersiap sedia menduduki peperiksaan kemasukan universiti.

Jurucakap polis, Hashmat Stanikzai berkata, pengebom mengikat bahan letupan pada tubuhnya sebelum meletupkan dirinya dalam bangunan itu pada kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan.

Antara yang cedera, ada yang parah. Angka kematian dijangka terus meningkat.

Lapor media tempatan, serangan itu menyasarkan penduduk Syiah di kejiranan tersebut.

Ini adalah serangan pertama yang menyasarkan pusat pendidikan dan pelajar di Afghanistan pada beberapa tahun ini.

Setakat ini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Pada hari yang sama, Taliban Afghanistan menafikan penglibatan mereka.

梁靓