Permit Tinggal Memudahkan Hidup Rakyat

2018-08-16 15:14:49  CRI
Share with:

Pejabat Penerangan Dewan Negara China mengadakan sidang akhbar hari ini untuk menjelaskan prosedur permohonan permit tinggal bagi penduduk Hong Kong, Makau dan Taiwan.

Permit tersebut membolehkan warga dari tempat-tempat berkenaan menikmati pelbagai kemudahan ketika bekerja, belajar, menetap atau melancong di Tanah Besar.

Naib Menteri Keselamatan Awam China, Shi Jun menyatakan, pemegang permit tinggal boleh menikmati hak bekerja, jaminan sosial, dan subsidi perumahan.

Kerajaan tempatan bagi pemegang permit itu juga bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan awam asas yang meliputi pendidikan wajib, pekerjaan, kesihatan, budaya dan rekreasi, khidmat guaman dan lain-lain.

胡星