Xi Jinping Utus Kawat Tahniah Kepada Hun Sen

2018-08-16 15:16:15  CRI
Share with:
Presiden China, Xi Jinping mengutuskan kawat tahniah kepada Pengerusi Parti Rakyat Kemboja (CPP), Samdech Hun Sen atas kemenangan parti itu dalam pilihan raya parlimen ke-6.
 
Xi menyatakan pada tahun-tahun kebelakangan ini, di bawah pimpinan perdana menteri Hun Sen, Kemboja telah menyaksikan arena politik bertambah mantap, ekonomi berkembang maju, kedudukan di pentas dunia kian meningkat, hingga mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa. 

China yakin CPP akan terus menyatupadukan rakyat Kemboja dalam perjuangan untuk memajukan ekonomi dan membaiki kesejahteraan hidup, bahkan memberi sumbangan lebih besar kepada kestabilan dan kemakmuran serantau.

Kawat serupa turut dikirimkan Perdana Menteri China, Li Keqiang kepada rakan sejawatnya dari Kemboja pada hari yang sama. 

Katanya, China dan Kemboja jiran dan rakan kongsi baik. China akan terus menyokong Kemboja menempuh laluan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara sendiri. Sempena ulang tahun ke-60 ikatan diplomatik antara kedua-dua negara, China bersedia bersama-sama Kemboja melonjakkan perkongsian strategik komprehensif ke tahap baharu.
胡星