MPV Elektrik China Diperkenalkan di Thailand

2018-08-17 14:02:50  CRI
Share with:

Lebih 100 unit kenderaan serba guna (MPV) elektrik model e6 buatan syarikat China, BYD Auto telah dihantar ke Bangkok, untuk digunakan sebagai teksi dan kereta sewa.

Presiden Persatuan Kenderaan Elektrik Thailand (EVAT), Yossapong Laoonual dalam majlis penyerahan semalam berkata, industri kenderaan elektrik global berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini. 

Kerajaan Thailand menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik, dan kerjasama dengan pihak China akan membantu Thailand mencapai sasaran penggunaan 1.2 juta kenderaan elektrik menjelang 2036.

Pada hari yang sama, syarikat tempatan menandatangani kontrak pembekalan dengan syarikat BYD Auto untuk 1,000 unit MPV e6 dalam masa beberapa tahun akan datang.

Model e6 yang dipasang bateri lithium besi fosfat (LFP) hasil penyelidikan dan pembangunan BYD sendiri, mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi, juga stabil dan tidak mencemar.

Kenderaan tersebut, yang hanya memerlukan dua jam untuk dicas penuh, dapat mencapai batuan 400 kilometer, dan telah pun diguna pakai di lebih sepuluh negara dan wilayah di dunia.

梁靓