Perdagangan Luar China Terus Meningkat

2018-08-17 14:17:05  CRI
Share with:

Data ekonomi Julai lalu menunjukkan jumlah perdagangan luar China mencecah RMB2.6 trilion (RM1.6 trilion), iaitu meningkat 12.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Antaranya, jumlah eksport mencecah RMB1.39 trilion (RM874 bilion), jumlah import mencecah RMB1.21 trilion (RM 763 bilion), masing-masing meningkat 6% dan 20.9% berbanding tempoh sama pada tahun lalu, dan 3.0% dan 14.9% berbanding bulan sebelumnya.

Pada keseluruhannya, jumlah lebihan dagangan China mencatat RMB177 bilion (RM111 bilion), berkurang RMB83.9 bilion (RM50 bilion).

Prestasi China tersebut memperlihatkan keberkesanan langkah yang diambil kerajaan untuk meningkatkan keterbukaan.

Sejak Presiden Xi Jinping mengumumkan satu pusingan baharu langkah untuk meningkatkan keterbukaan sempena Forum Boao Asia pada April lalu, pelbagai polisi berkaitan giat dilaksanakan, membolehkan setiap komitmen kepada dunia luar ditunaikan satu demi satu.

Pada separuh kedua tahun ini, China akan membawa dua kebaikan besar kepada dunia.

Kesalinghubungan bursa saham akan diwujudkan antara Shanghai dengan London sebelum penghujung tahun ini, sekali gus memperluas akses pasaran.

Satu lagi ialah Ekspo Import Antarabangsa China pertama yang bakal diadakan di Shanghai, platform perdagangan yang akan merangsang permintaan pasaran.

胡星