Pameran Produk Mesin dan Elektronik China ke-14 di Manila

2018-08-17 14:01:33  CRI
Share with:

Pameran produk mesin dan elektronik China ke-14 membuka tirai di Pusat Konvensyen SMX Manila, Filipina semalam, anjuran Kementerian Perdagangan China (MOC).

Pameran selama tiga hari ini melibatkan 72 syarikat China yang mempertontonkan keluaran berteknologi tinggi mereka di tapak seluas 3,000 meter persegi. 

Miao Huawei, pengarah pembangunan perdagangan luar MOC berkata, Filipina salah satu negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), juga pasaran baharu bagi produk teknologi China. 

Pameran di Manila antara projek MOC yang bukan untuk tujuan komersial, ditaja oleh kerajaan China dengan pembiayaan termasuk yuran penyertaan, pembinaan gerai, brosur pameran, dan aktiviti promosi.

Naib Presiden Dewan Perniagaan Import dan Eksport Produk Mesin dan Elektronik China, Wang Guiqing berkata, pameran serupa telah diadakan di Filipina sebanyak 13 kali sejak 2005.

Kini, pameran tersebut telah menjadi satu platform promosi bagi produk berkenaan China di seberang laut, dengan sokongan kuat kerajaan dan sektor perindustrian kedua-dua negara.

Jentera perlombongan, unit generator, trak ringan, serta mesin pertanian dan pembinaan buatan China dapat memenuhi permintaan pasaran Filipina, dengan kosnya yang berpadanan dengan prestasi.

梁靓