AS Bentuk Kumpulan Tindakan untuk Tekan Iran

2018-08-17 14:18:51  CRI
Share with:

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah menubuhkan sebuah "kumpulan tindakan Iran" (IAG), yang bertanggungjawab memberi tekanan terhadap negara itu.

 

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menyatakan dalam sidang akhbar semalam, kerajaan Iran telah terbabit dalam kelakuan yang mengganggu AS dan sekutunya sepanjang 40 tahun lalu.

 

Perjanjian nuklear Iran tidak dapat menghalang cita-cita nuklear negara itu, mahupun kekerasannya kepada dunia luar.

 

Tehran mesti membuat perubahan besar mengenai dasarnya di dalam dan luar negeri.

 

IAG akan memastikan koordinasi rapat antara Jabatan Negara dan pihak-pihak berkuasa lain dengan diketuai Brian Hook, wakil khas bagi isu Iran.

 

Pada hari yang sama, Hook menyatakan bahawa sebahagian besar kerja IAG akan menumpukan 12 tuntutan yang dikemukakan Pompeo pada Mei lalu.

 

Ini termasuk menyelesaikan situasi program nuklear Iran, sokongan Iran terhadap kegiatan pengganas, penahanan warga AS dan sebagainya.

 

Usaha juga akan dilakukan untuk membaiki hubungan antara kedua-dua pihak.

胡星