Perdagangan China-Jepun Perlu Naik Taraf

2018-08-17 17:04:09  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Jepun, Shinzo Abe saling mengutus kawat tahniah sempena ulang tahun ke-40 termeterainya Perjanjian Kedamaian dan Persahabatan antara kedua-dua negara.

Li dan Abe bersependapat kerjasama saling menguntungkan harus diperdalam, agar ikatan dua hala berkembang dengan sihat dan stabil.

Demi masa depan, China dan Jepun yang saling berkait rapat hendaklah menaiktarafkan hubungan perdagangan.  

Tinjauan oleh Jabatan Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan Jepun (JETRO) pada Mac lalu mendapati produk utama yang diimport oleh Jepun dari China termasuk telefon pintar, terminal pemprosesan data, alat mainan, serta kelengkapan sukan dan pakaian.

Produk dengan nilai tambah tinggi beransur-ansur mendominasi tumpuan pengeksportan China ke Jepun. 

Pada masa yang sama, pembangunan ekonomi China yang mampan juga menyediakan peluang besar kepada syarikat Jepun, malah mempengaruhi strategi mereka di pentas antarabangsa.

Kedua-dua perdana menteri turut berjanji untuk membuat sumbangan kepada kemakmuran dan kestabilan dunia, yang sekali gus akan membuka prospek lebih meluas untuk penaiktarafan hubungan perdagangan.

Antara yang menjadi fokus, rundingan perjanjian kawasan perdagangan bebas China-Jepun-Korea Selatan, kerjasama melibatkan pihak ketiga di bawah inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), pembinaan projek Bank Pelaburan Infrastruktur ASIA (AIIB) dan lain-lain.

胡星