BOC Bank Penjelasan RMB di Labuan

2018-08-17 13:24:00  CRI
Share with:

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) semalam melantik Bank of China Malaysia (BOCM) sebagai bank penjelasan renminbi (RMB), dalam usaha menyediakan transaksi denominasi RMB yang cekap, lancar dan kos efektif kepada institusi kewangan.

 
Ketua Pengarah Labuan FSA, Danial Mah Abdullah berkata pelantikan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk mempertingkat infrastruktur kewangan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (IBFC), seiring dengan peranannya menawarkan kemudahan kewangan, pelaburan dagangan dan aliran perdagangan di ASEAN bahkan rantau Asia.
  
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BOCM, Datuk Alvin Tay berkata, pegangan RMB berada di tempat kelima dalam kelompok mata wang bagi tujuan pembayaran global. RMB terbukti antara mata wang asing global yang utama dari segi pelaburan dan pengurusan rizab. Pelantikan BOCM oleh Labuan FSA akan terus memperkukuh dan melengkapi keupayaan perkhidmatan untuk perniagaan RMB di pasaran ASEAN.
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PayNet Group, Peter Schiesser berkata, beliau yakin bahawa penjelasan RMB itu akan membolehkan sistem kewangan Malaysia serta bank-bank di Labuan membantu memudahkan aktiviti ekonomi antarabangsa serta menjadi pengantara aliran dana asing.
张薇