Kawalan Vaksin Hendaklah Disempurnakan

2018-08-17 11:09:11  CRI
Share with:

Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) memanggil satu mesyuarat semalam untuk mendengar laporan penyiasatan tentang kes vaksin bermasalah melibatkan syarikat Changchun Changsheng Life Sciences Limited.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping, yang turut menyampaikan ucapan penting mengenai isu berkenaan.

Xi amat mementingkan kes vaksin tersebut dan telah memberi arahan khusus agar siasatan dijalankan dengan teliti dan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan setimpal menurut undang-undang.

Mesyuarat itu menekankan betapa vaksin berkait rapat dengan kesihatan rakyat, bahkan keselamatan negara. Kes melibatkan syarikat Changsheng adalah satu pelanggaran standard perubatan negara yang amat serius, yang mesti dijadikan iktibar oleh badan-badan berkenaan.

Undang-undang berkaitan kawalan vaksin hendaklah disempurnakan.

Kerajaan di pelbagai peringkat dituntut melaksanakan semangat ucapan penting Xi Jinping, membaiki respons susulan isu vaksin, memberikan pampasan secara teratur, dan melengkapkan mekanisme kawalan vaksin jangka panjang.

Mesyuarat itu memutuskan untuk melucutkan jawatan Jin Yuhui sebagai Naib Gabenor Provinsi Jilin, melucutkan jawatan Li Jinxiu sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Provinsi Jilin Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, menuntut Liu Changlong meletakkan jawatan Datuk Bandar Changchun kerana kecuaian.

覃淼