Pusat Media Sukan Asia ke-18 Dirasmikan

2018-08-17 14:03:27  CRI
Share with:

Pusat Media Sukan Asia ke-18 di Jakarta dirasmikan oleh Naib Presiden Kehormat Seumur Hidup Majlis Olimpik Asia (OCA), Wei Jizhong semalam.

Lu Jingzhao, ketua pusat tersebut yang juga Pengerusi Jawatankuasa Media OCA, mengalu-alukan anggota media dari seluruh dunia.

Beliau berjanji akan memastikan layanan terbaik buat 8,000 anggota media yang akan membuat liputan di Jakarta, Palembang dan beberapa tempat lain dalam masa dua minggu seterusnya.

Menurut taklimat, Pusat Media itu mampu menampung 4,000 wartawan, lengkap dengan kemudahan bengkel media, tempat rehat dan tempat pelawat.

Maklumat mengenai jadual dan keputusan pertandingan akan disediakan, selain makanan, khidmat pertukaran mata wang, dan Internet wayarles.

Wei Jizhong yang pernah turut serta dalam penganjuran Sukan Asia ke-8, mengakui bahawa penganjuran temasya itu satu tugas mencabar, lebih-lebih lagi acara kali ini yang menyaksikan penglibatan atlet, pegawai dan anggota media yang paling banyak.

Katanya, setiap Sukan Asia berbeza kerana situasinya berbeza setiap kali. Semua pihak perlu bekerjasama untuk menjayakan temasya kali ini.

梁靓