Hubungan China-Malaysia Jadi Tumpuan

2018-08-17 13:19:15  CRI
Share with:

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 17 hingga 21 Ogos atas undangan rakan sejawatnya, Li Keqiang. 

Ini lawatan pertama Tun Mahathir ke China sejak dilantik semula sebagai perdana menteri, sekali gus menjadikan China negara pertama yang dikunjungi di luar rantau ASEAN. 

Sejak kerajaan baharu Malaysia dibentuk, perkembangan hubungan dengan China menjadi tumpuan meluas.
    
Penganalisis berpendapat, persahabatan tradisional China-Malaysia berkembang baik. Kedua-dua negara adalah negara membangun, yang mengekalkan konsep pembangunan yang serupa, dasar diplomasi yang bebas, menghargai nilai-nilai Asia, dan menentang hegemoni dalam politik. 

China dan Malaysia memiliki kepentingan bersama yang jauh melebihi perselisihan. Prospek hubungan kedua-dua negara tidak sepatutnya dihadkan kepada satu-satu tempoh waktu, tetapi harus memfokus pada masa depan dengan mengutamakan pembangunan.

张薇