China Bantah Keras Laporan Pentagon

2018-08-18 14:51:43  CRI
Share with:

China mengemukakan bantahan keras terhadap Laporan Hala Tuju Perkembangan Ketenteraan dan Keselamatan China 2018 yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) baru-baru ini.

Laporan itu memutarbelitkan tujuan strategi China, sengaja menggembar-gemburkan teori "ancaman China" serta memburukkan situasi Selat Taiwan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian dalam sidang media semalam menegaskan bahawa tentera China yang memperhebat pembinaan pemodenanan adalah untuk mempertahankan hak kedaulatan negara, keselamatan dan kepentingan dalam proses pembangunan, selain melindung kedamaian seluruh dunia. 

Pembaharuan tentera, penaiktarafan kelengkapan senjata serta pembinaan untuk meningkatkan kemampuan pertahanan dalam ruang siber adalah sah dan munasabah. Kecaman AS berkenaan yang dibuat dalam laporan Pentagon tersebut hanyalah dugaan sahaja dan tidak berasas.

周乔西