Malaysia Berminat Manfaatkan Teknologi Alibaba

2018-08-18 15:13:00  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_马

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia berminat meneroka teknologi e-dagang terkemuka dunia kumpulan Alibaba bagi manfaat rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika melawat ibu pejabat Alibaba di Hangzhou hari ini.

Dr. Mahathir berkata, Alibaba sangat memahami kehebatan teknologi, sambil memberitahu, perniagaan secara dalam talian yang dihasilkan telah mengambil kira sistem penyampaian akaun, kepantasan serta akses kepada maklumat dan data.

Pengasas Alibaba, Jack Ma pula berkata, beliau sebenarnya mendapat ilham untuk menceburi perniagaan tersebut sejak 23 tahun lepas, semasa pelancaran Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC) oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat. 

--Utusan Melayu

梁靓