Sukan Asia 2018 Buka Tirai

2018-08-19 14:55:54  CRI
Share with:

Sukan Asia Ke-18 membuka tirainya di Jakarta semalam. Majlis pembukaan gemilang diadakan di Stadium Bung Karno yang dipenuhi 88 ribu penonton. Utusan Khas presiden China, Xi Jinping, yang juga Naib Perdana Menteri, Sun Chunlan menghadiri majlis pembukaan tersebut.

 

Temasya yang disertai atlet dari 45 negara dan kawasan Asia itu berlangsung di dua tempat utama, iaitu Jakarta dan Palembang.

 

Ia menyajikan 465 acara pertandingan daripada keseluruhan 40 kategori.

 

Kontinjen China yang terdiri daripada 845 atlet akan menyertai 376 acara daripada 38 kategori. Umur purata mereka 24.4 tahun dan 74.6% antaranya buat kali pertama menyertai Sukan Asia.

胡星