Persidangan Perdagangan Bahan Makanan China Pertama

2018-08-19 15:15:16  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_a37917b8-43e1-4a2e-97f7-a4c66d5899a4

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_ec446493-de33-444c-a891-061ecf55a744


Persidangan Perdagangan Bahan Makanan China pertama dirasmikan di bandar Harbin semalam. Persidangan ini bertema "era baharu, konsep baharu, platform baharu, format baharu".

Lebih 10 ribu peserta akan mempamerkan produk masing-masing di kawasan pameran melebihi 32,000 meter .

Pengarah Jabatan Rizab Makanan dan Bahan China, Zhang Wufeng berkata, pesidangan ini boleh membantu mewujudkan sistem operasi pasaran yang baik bagi kualiti dan harga makanan, supaya memenuhi keperluan rakyat dan menjamin keselamatan makanan negara.

Seminar situasi bekalan dan permintaan bahan makanan dan minyak, seminar inovasi e-dagang makanan, dan pelbagai aktiviti lain juga diadakan sempena persidangan kali ini. 

Sebanyak 147 projek dibincang dalam persidangan ini, dengan nilainya RMB52 bilion (RM31 bilion).

梁靓