Warga Perubatan Tradisional China ke Afrika Lebihi 2000 Orang

2018-08-19 15:16:06  CRI
Share with:

Kerajaan China memberikan perkhidmatan perubatan tradisional China kepada rakyat Afrika, termasuk perkhidmatan perubatan, penyelidikan sains, penjagaan kesihatan dan sebagainya. Setakat ini, China telah menghantar lebih 2000 orang doktor perubatan tradisional China ke benua itu.

Demikian dikatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perubatan Tradisional China, Yu Wenming dalam Forum Kerjasama Perubatan Tradisional China-Afrika sempena Mesyuarat Peringkat Tinggi Kerjasama Kesihatan China-Afrika yang diadakan di Beijing semalam. 

Kata beliau, kerajaan China telah menandatangani perjanjian perubatan tradisional dengan Ghana, Tanzania, Comoros, Malawi, Ethiopia, dan lain-lain. Perubatan tradisional China telah dimasukkan dalam sistem kesihatan negara-negara Afrika dan mendatangkan faedah kepada rakyat tempatan.
 

梁靓