AS Perlu Tangani Hubungan Ekonomi dan Perdagangan dengan China Secara Baik

2018-08-19 14:17:47  CRI
Share with:

White House diseru mendengar suara rakyat dalam negeri dan menangani hubungan ekonomi dan perdagangan dengan China secara baik.Tindakan AS menarik diri daripada mekanisme multilateral dan berniat mengubah peraturan dunia akan mencetuskan krisis global.

Demikian dinyatakan oleh sarjana hubungan China-AS, prosefor ekonomi dan kewangan dari Universiti New York, Ann Lee baru-baru ini.

Menurutnya, AS mencetuskan perang perdagangan terhadap China adalah untuk tujuan politik dan keselamatannya.

Washington menaikkan tarif import terhadap China dan meletakkan halangan bagi kemasukan pelaburan China. Semua ini bertentangan dengan hasrat sektor perniagaan AS.

Menurut Prof. Lee, kerajaan AS menegaskan "AS diutamakan", melepaskan multilateralisme dan menuju ke arah unilatralisme, selain melaksanakan perlindungan perdagangan ketika menangai hubungan ekonomi dan perdagangan dengan luar negara. Ramai sarjana AS termasuk beliau melahirkan kebimbangan terhadap gejela ini.

Menurutnya, sekiranya AS terus berdegil merosakkan tatatertib antarabangsa, ia akan membawa kepada krisis hidup umat manusia.

覃淼