Mahathir: Tibalah Masa untuk Pelajari Sastera Timur, Fahami Pemikiran Rakyat China

2018-08-20 15:26:04  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1547201949

Rakyat Malaysia perlu mengenal sastera dan sejarah negara-negara Timur termasuk China untuk memamahi pemikiran mereka supaya memperdalam interaksi dan pertukaran antara satu sama lain. 

Demikian ujar Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang dalam rangka lawatan rasminya ke Beijing ketika menyampaikan ucapan perasmian bagi Majlis Pelancaran Buku-buku Terjemahan Klasik Agung dan Buku-buku Terjemahan Satera pada 19 Ogos lalu.

“Kita lihat negara-negara timur termasuk China sudah muncul dan mencapai kemajuan luar biasa, mereka sekarang ini ada mendahului negara-negara Barat dalam semua bidang, termasuk bidang pembangunan, sejarah, literatur mereka dan lain-lain. Dengan itu, kita dapati bahawa kita merasai kekok kerana kita tak tahu sama sekali tentang sejarah negara-negara timur, sudah tentu kita tidak tahu berkenaan kebudayaan dan literatur di sebelah timur ini.” Kata Mahathir.

Menurut Tun Dr. Mahathir, penterjemahan buku-buku China kepada bahasa Melayu menjadi tutor penting supaya orang Melayu boleh faham mereka dengan lebih mendalam dan memahami budaya mereka, latar belakang mereka dan nilai hidup mereka.

Majlis pelancaran buku terjemahan klasik agung China kali ini dianjurkan bersama oleh Pusat Kebudayaan Han Malaysia (HCCM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Dalam majlis itu, HCCM juga mendermakan 200 set buku terjemahan klasik agung China.

图片默认标题_fororder_1943148291

Turut hadir, Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian, Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Ketua Pengarah DBP, Datuk Haji Abdul Adziz Abas dan Pengerusi Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Datuk Goh Hin San.

图片默认标题_fororder_1093959445

 

周乔西