China Tower Labur Projek Telekomunikasi Laos

2018-08-29 14:37:44  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123343914_15354978384791n

Pengendali menara telekom terbesar di dunia, China Tower telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan Laos dan sebuah firma konsultasi pasaran tempatan, untuk menubuhkan syarikat usaha sama, Southeast Asia Tower.

Menurut perjanjian yang dicapai di Vientiane semalam, Tower Asia Tenggara akan mengendalikan pembinaan, penyelenggaraan dan pengoperasian pelbagai infrastruktur telekomunikasi di Laos.

Ini merupakan projek pelaburan pertama China Tower di negara asing, dan mendapat sokongan teguh kerajaan Laos.

Dengan memanfaatkan pengalaman, teknologi, pengurusan dan rantaian industri dimiliki China Tower, Southeast Asia Tower akan memajukan sinergi antara pasaran kedua-dua negara, sekali gus menaiktarafkan sektor telekomunikasi Laos.

曹捷