Setiausaha Kewangan Filipina Sanjung B&R

2018-08-29 14:19:03  CRI
Share with:

Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang dikemukakan China membawa kesan ketara dan dijangka akan menjadi penjana pertumbuhan ekonomi dunia.

Setiausaha Kewangan Filipina, Carlos Dominguez dalam satu temu bual bersama Agensi Berita Xinhua di Manila semalam berkata, inisiatif itu telah menyambungkan ekonomi pelbagai negara di dunia, menggalakkan perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan serta meningkatkan tahap kesalinghubungan antara pelbagai negara.

Tambah beliau, kerajaan Filipina sedang giat mendorong pelan pembangunan infrastruktur dan bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam rangka B&R. 

曹捷