Hong Kong Tarik Bakat dari Seluruh Dunia

2018-08-29 14:34:53  CRI
Share with:

Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong semalam mengumumkan senarai tenaga profesional dari 11 bidang yang akan ditarik dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi.

Senarai itu melibatkan pelupusan sisa, pengurusan aset, insurans pengangkutan maritim, aktuari, sains dan teknologi kewangan, sains data dan keselamatan siber, serta inovasi dan sains dan teknologi.

Turut disenaraikan, pembuatan kapal, kejuruteraan marin dan perkapalan, industri kreatif, penyelesaian sengketa kewangan, dan khidmat guaman berkaitan transaksi rentas sempadan.

Kerajaan Hong Kong menyatakan bahawa senarai itu akan dibaharui dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan pembangunan ekonomi.

Permohonan dibuka bermula semalam melalui laman sesawang yang disediakan. Butir-butir syarat dan kelayakan yang diwajibkan boleh didapati di laman yang sama.

Kerajaan Hong Kong merancang menerima 1,000 tenaga profesional yang layak menurut senarai tersebut setiap tahun. 

曹捷