Thailand Hargai Peluang Dibawa B&R

2018-08-30 14:21:29  CRI
Share with:

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Thailand, Kobsak Pootrakool dalam Forum "Fokus Thailand 2018" semalam, menggesa Thailand merebut peluang pembangunan yang dibawa oleh inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Katanya, sejak dikemukakan, inisiatif B&R telah membawa banyak manfaat dan peluang kepada pelbagai negara. 

Asia Tenggara yang berpopulasi kira-kira 800 juta, dipercayai mampu muncul sebagai salah satu rantau yang pembangunannya paling baik dan penting bagi B&R dalam masa 20 tahun akan datang.

Tambah beliau, kebanyakan negara jiran Thailand mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi pada 6.5% hingga 8%, sedangkan Thailand dijangka merealisasikan 5%. 

Dengan suasana ekonomi yang agak baik, Thailand seharusnya mengoptimumkan kelebihan sendiri, dan memajukan statusnya sebagai hab pengangkutan dan logistik yang penting.

张宪