China, Filipina Sedia Kerjasama dalam Pembinaan B&R

2018-08-30 13:57:32  CRI
Share with:

Filipina adalah rakan kongsi penting dalam pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R). 

Ujar jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam, China bersedia memperhebat penyelarasan semasa pelaksanaan strategi dengan Filipina demi pembangunan bersama kedua-dua negara.

Pada 28 Ogos lalu, Setiausaha Kewangan Filipina, Carlos Dominguez menyatakan bahawa pembinaan B&R atas inisiatif China membawa kesan ketara dan dijangka akan menjadi enjin utama bagi memacu pertumbuhan ekonomi dunia pada masa depan.

Filipina bersedia menjalankan kerjasama dengan China dalam pembinaan prasarana.

Dalam pada itu, Hua berkata, pihaknya amat menghargai kenyataan Dominguez yang positif. China amat mementingkan hubungan muhibah dengan Filipina dan bersedia terus bekerjasama dengan negara itu demi memastikan hasil pembangunan bersama dapat dinikmati oleh semua rakyat.

周乔西