CAEXPO Mahu Sumbang kepada Pembinaan B&R

2018-08-30 15:41:39  CRI
Share with:

Kerja-kerja persiapan bagi Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-15 yang dijadualkan di Nanning, Guangxi pada 12 hingga 15 September, sedang berjalan lancar.

Maklum Setiausaha Agung Sekretariat CAEXPO, Wang Lei semalam, Ekspo tahun ini akan diserikan dengan kehadiran pemimpin dari China dan negara-negara ASEAN.

Untuk kali ke-11, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen akan mengetuai delegasi negaranya, yang merupakan negara kehormat kali ini.

Juga bakal hadir, pegawai-pegawai kerajaan peringkat menteri, serta tokoh utama dari syarikat yang dinobatkan antara 500 terunggul di dunia.

Dalam tempoh Ekspo kali ini, sebanyak 35 forum peringkat tinggi akan diadakan, antaranya dua forum mengenai bantuan kecemasan dan laut adalah tambahan terbaru.

Wang Lei menyatakan bahawa Tanzania, negara Afrika yang terlibat dalam laluan sutera maritim, dipilih sebagai rakan kerjasama istimewa buat pertama kalinya. Langkah ini penting untuk membolehkan CAEXPO menyumbang kepada pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

CAEXPO kali ini akan menyediakan ruang pameran antarabangsa bertema B&R dan "laluan ke selatan". 

曹捷