Nanning Usaha Bina Pangkalan Tenaga Profesional

2018-08-31 14:55:49  CRI
Share with:

Nanning, Guangxi akan melaksanakan lapan program utama untuk menarik dan melatih bakat dalam pelbagai bidang secara sistematik, sekali gus muncul sebagai pangkalan antarabangsa yang mampu membekalkan tenaga profesional ke rantau ASEAN.

Satu sidang media telah diadakan semalam untuk menjelaskan pelan tindakan pembaharuan mekanisme pembangunan modal insan serta dasar-dasar yang berkaitan.

Wei Jiabin, naib ketua jabatan organisasi menyatakan bahawa pakej dasar "1+6" telahpun dilancarkan secara rasmi.

Dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, Nanning akan melatih seramai 100 tokoh peneraju industri, 1,000 tokoh inovasi bertaraf tinggi dan keusahawanan, 6,500 bakat teknikal, dan 500,000 tenaga muda. 

曹捷