Prinsip 'Satu China' Mesti Dipatuhi Syarikat Asing

2018-08-31 15:06:08  CRI
Share with:

Hanya terdapat satu China di dunia ini, dan Taiwan adalah sebahagian wilayahnya.

Ujar jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam, ini hakikat sebenar dan konsensus antarabangsa yang mesti dipatuhi oleh syarikat asing yang berurus niaga di China.

Difahamkan, selepas Jabatan Penerbangan Awam China meminta nama Taiwan diubah kepada "Taiwan, China", laman web syarikat penerbangan United Airlines memberi opsyen untuk memilih lokasi Tanah Besar, Hong Kong dan Taiwan mengikut mata wang masing-masing.

Pejabat perhubungan luar Taiwan turut mengucapkan terima kasih atas "pendekatan fleksibel" United Airlines itu.

胡星