China Sedia Sokongan Undang-undang untuk Pembinaan B&R

2018-08-31 12:15:36  CRI
Share with:
Penubuhan sebuah Jawatankuasa Pakar Urusan Perniagaan Antarabangsa di bawah Mahkamah Rakyat Tertinggi China adalah satu inovasi keinstitusian yang penting bagi kerjasama perundangan melibatkan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Perkembangan ini akan membantu menggalakkan penyelesaian pergeseran secara adil, profesional dan cekap, dengan suasana yang baik, sama rata, telus dan dapat dijangka.

Dengan itu, sokongan dari segi undang-undang dan jaminan sistem yang lebih kukuh dapat disediakan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam B&R.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam berkata, genap lima tahun sejak inisiatif B&R disarankan, pihak-pihak terlibat berdepan peluang penting untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa.

Seperti yang dinyatakan oleh Ahli Dewan Negara China, Wang Yi dalam forum antarabangsa mengenai kerjasama perundangan Julai lalu, peraturan dan undang-undang akan membolehkan B&R diterima luas di dunia, malah mengatasi risiko dan cabaran yang di luar dugaan.

Jawatankuasa Pakar Urusan Perniagaan Antarabangsa tersebut telah ditubuhkan secara rasmi pada 26 Ogos lalu. 
曹捷