China, AU Bersama Laksana Pelan Kerjasama Infrastruktur

2018-09-03 18:23:45  CRI
Share with:

China akan bersama-sama Kesatuan Afrika (AU) melaksanakan Pelan Kerjasama Infrastruktur, di samping menggalakkan syarikat China terlibat dalam pembangunan infrastruktur di Afrika dalam bentuk pelaburan dan pembinaan.

Kata Presiden China, Xi Jinping dalam Sidang Kemuncak Beijing bagi Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) hari ini, kerjasama akan diperkukuh dengan memfokuskan bidang tenaga, pengangkutan, komunikasi dan maklumat, dan sumber air. 

Projek-projek melibatkan kesalinghubungan akan terus digalakkan.

Beliau berkata, China menyokong pembinaan sebuah pasaran pengangkutan penerbangan bebas yang tunggal di Afrika, yang akan membolehkan lebih banyak laluan penerbangan ke China dibuka pada masa depan. 

Selain itu, China akan mempermudah penerbitan bon oleh institusi kewangan Afrika di China.

Negara-negara Afrika juga boleh mendapat bantuan daripada Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), Bank Pembangunan Baharu (NDB), Tabung Jalan Sutera dan lain-lain.

梁靓