Forum Jalan Sutera Diadakan di Kazakhstan

2018-09-09 14:46:15  CRI
Share with:

Forum Jalan Sutera yang bertema "persahabatan, kerjasama dan menang-menang" diadakan di Universiti Nazarbayev, Kazakhstan pada 7 September lalu. Para peserta telah mengenang kembali interaksi bersahabat China dan Kazakhstan sejak inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dikemukakan, dan kerjasama pada masa depan.

Forum kali ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Persahabatan Luar Rakyat China, Persatuan Promosi Perdagangan China-Kazakhstan, dan Universiti Nazarbayev. Lebih kurang 80 wakil perusahaan dan pegawai dari kedua-dua negara menghadiri forum ini.
 
Forum ini salah satu acara dalam aktiviti khas "Kembara Semula Jalan Sutera Purba" yang diadakan dari 28 Ogos hingga 29 September ini di negara-negara terlibat termasuk China, Kazakhstan, Uzbekistan, Poland, Czech, Perancis dan Belanda. 

梁靓