Xi Seru Penghormatan terhadap Guru Dibudayakan

2018-09-10 16:34:39  CRI
Share with:
Presiden China, Xi Jinping menyeru seluruh masyarakat menggalakkan penghormatan terhadap guru dan penghargaan terhadap pendidikan dibudayakan. 

Seruan itu dibuat semasa persidangan pendidikan kebangsaan sempena Hari Guru ke-34 China hari ini.

Xi, bagi pihak Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan pendidik di seluruh negara.

Beliau menekankan pentingnya meningkatkan status guru dari segi politik, sosial dan profesional bagi membolehkan mereka menikmati prestij sosial yang wajar dimiliki dan membuat sumbangan lebih besar kepada masyarakat. 

 

张薇