Banjir di Kemboja, 37 Maut

2018-09-10 14:46:14  CRI
Share with:

Sembilan wilayah dan bandar di Kemboja dilanda banjir teruk akibat hujan lebat sejak Julai.  

Maklum Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negara Kemboja,  37 terkorban, sementara 83 cedera  dan kira-kira 100 ribu keluarga terjejas setakat Jumaat lalu.
 
Kementerian Sumber Air dan Meteorologi Kemboja meramalkan hujan lebat di Oddor Meanchey, Preah Vihear, Kampong Thom, Siem Reap, Banteay Meanchey, Battambang, Bodhisattva dan Kampong Chhnang berterusan hingga 15 September. 

Kementerian itu mengingatkan persiapan dibuat secara menyeluruh untuk mencegah sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
 

张薇